Tuesday, December 29, 2009

BAHASA KADAYAN

Bahasa Kadayan merupakan satu kelainan bahasa Melayu. Abjad bahasa Kadayan hanya terdiri daripada 18 huruf, seperti berikut:3 vokal, iaitu a, i, dan u;15 konsonan, iaitu b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w, dan y.Kecuali dipengaruhi oleh bahasa Melayu yang dipelajari oleh orang-orang Kadayan sebagai lingua franca, vokal o dan e hampir tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Kadayan. Umpamanya:besar = basaaotak = utakkota = kuta.Vokal o hanya wujud sebagai gandingan kepada konsonan r, umpamanya taloo untuk 'telur', dengan o berfungsi sebagai konsonan gantian. Konsonan bahasa Melayu yang ditinggalkan oleh bahasa Kadayan ialah f, q, r, v, z ( x tidak wujud dalam abjad bahasa Melayu). Bagaimanapun, ketinggalan konsonan r merupakan satu huruf paling nyata. Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, perkataan bahasa Kadayan akan berbunyi seperti berikut:r = aa; umpamanya besar = basaar = ii; pandir = pandiir = oo atau r = uu; telur = taloo atau taluur = ingair = aing.Kecuali ketika mengikut dasar sistem ejaan bahasa Melayu yang menetapkan bahawa semua perkataan pinjaman perlu sedapat-dapatnya mengekalkan bunyinya, bahasa Kadayan hanya menggunakan 18 huruf yang tersebut.[2]

No comments:

Post a Comment

PEMBERITAHUAN...

Blog sedang dalam pembinaan/The blog still on process