Tuesday, December 29, 2009

BAHASA KADAYAN

Bahasa Kadayan merupakan satu kelainan bahasa Melayu. Abjad bahasa Kadayan hanya terdiri daripada 18 huruf, seperti berikut:3 vokal, iaitu a, i, dan u;15 konsonan, iaitu b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w, dan y.Kecuali dipengaruhi oleh bahasa Melayu yang dipelajari oleh orang-orang Kadayan sebagai lingua franca, vokal o dan e hampir tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Kadayan. Umpamanya:besar = basaaotak = utakkota = kuta.Vokal o hanya wujud sebagai gandingan kepada konsonan r, umpamanya taloo untuk 'telur', dengan o berfungsi sebagai konsonan gantian. Konsonan bahasa Melayu yang ditinggalkan oleh bahasa Kadayan ialah f, q, r, v, z ( x tidak wujud dalam abjad bahasa Melayu). Bagaimanapun, ketinggalan konsonan r merupakan satu huruf paling nyata. Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, perkataan bahasa Kadayan akan berbunyi seperti berikut:r = aa; umpamanya besar = basaar = ii; pandir = pandiir = oo atau r = uu; telur = taloo atau taluur = ingair = aing.Kecuali ketika mengikut dasar sistem ejaan bahasa Melayu yang menetapkan bahawa semua perkataan pinjaman perlu sedapat-dapatnya mengekalkan bunyinya, bahasa Kadayan hanya menggunakan 18 huruf yang tersebut.[2]

Monday, December 21, 2009

KASAMUHA BANGSA KADAYAN ATU ISLAM...!!!

All Kadayans are muslims and have been muslims
in all their tradition. ...the Kadayans preffer traditional
occupations, especially agriculture’.

Etnik Kadayan adalah beragama Islam. Agama Islam menjadi amalan tradisi hidup mereka turun temurun. Konsep etnik Kadayan ialah bekerja keras, titih, rajin, baik hati, berbudi pekerti, sopan santun, suka tolong-menolong, dan setiap kerja kebajikan sentiasa berpandukan kepada unsur-unsur Islam.

PEMBERITAHUAN...

Blog sedang dalam pembinaan/The blog still on process